Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PENOLONG JURUTERA (UKUR) GRED JA5

Oleh JABATAN KERJA RAYA |05/02/2025

Klasifikasi Perkhidmatan : KEJURUTERAAN
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA (Skim Perkhidmatan Bersepadu)



Taraf Jawatan : SEMENTARA
Bilangan Kekosongan : 10 JAWATAN
Tempat Kekosongan : DI MANA-MANA LOKASI CAWANGAN
JABATAN KERJA RAYA
Jadual Gaji : GRED JA5: RM1,650.00– RM6,620.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

DISKRIPSI TUGAS

1. Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja ukur tanah, kejuruteraan ukur dan penyediaan infrastruktur.

2. Memproses dan menyemak maklumat pelbagai pengukuran, pengukuran tapak projek, data geospatial dan pengekstrakan data yang lengkap untuk keperluan pelan pembangunan.

3. Menjalankan kerja-kerja ukuran hidografi, fotogrametri udara, LiDAR, pemetaan utility serta melukis pelan dengan kaedah yang betul dan lengkap.

4. Menyemak proses saringan maklumat yang telah ditentukan oleh kakitangan di bawah kawalan bagi memastikan kesempurnaan maklumat dalam penghasilan pelan serta menyimpan semua maklumat di
dalam Pangkalan Data Ukur Jabatan Kerja Raya Sabah.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Sijil Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau

(ii) Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00).

(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/

2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i.TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.