Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H1

Oleh JABATAN KERJA RAYA |05/02/2025

Klasifikasi Perkhidmatan : KEMAHIRAN
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA



Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : 80 JAWATAN
Tempat Kekosongan : Di Mana-Mana Lokasi Cawangan
Jabatan Kerja Raya (75)
Unit Teknikal (Stesen Janakuasa Timpohon)
Cawangan Kejuruteraan Elektrik (5)
Jadual Gaji : GRED H1: RM1,500.00 – RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

DISKRIPSI TUGAS

1. Membantu memeriksa kerosakan bangunan
2. Membantu dalam menilai kos baik pulih atau pembelian alat ganti
3. Membantu menyenggara dan membaiki bangunan
4. Membntu menyenggara dan membaiki kenderaan/jentera dan peralatan awam dan mekanikal
5. Membantu untuk mengenalpasti dan membaiki sebarang kerosakan kecil pada jentera penggerudian tanah.
6. Membantu memastikan sampel tanah disediakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan untuk setiap ujian yang dijalankan
7. Membantu mengendalikan peralatan ujian triaxial, shear box dan odometer untuk menilai kekuatan geser tanah dan sifat mekanik lain tanah
8. Membantu mengatur peralatan ujian, mengawasi proses ujian dan merekod data yang diperolehi.
9. Membantu memastikan peralatan ujian sentiasa dalam keadaan baik
10.Membantu kerja – kerja kalibrasi dan penyelenggaraan secara berkala.
11.Membantu mngumpul dan mengemukakan data-data ujian kepada PPS/ Jurutera.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i)Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00).

(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00)

(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(c) Kriteria Khas/Wajib bagi penempatan lima (5) orang di Unit Teknikal (Stesen Janakuasa Timpohon), Cawangan Kejuruteraan Elekrik seperti berikut :-

(i) Lelaki;
(ii) Umur

1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/

2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i.TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.