Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) / PENOLONG JURUTERA GRED JA5

Oleh JABATAN PERHUTANAN SABAH |20/05/2025

Klasifikasi Perkhidmatan : KEJURUTERAAN
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA



Taraf Jawatan : SEMENTARA
Bilangan Kekosongan : SATU (1) JAWATAN
Tempat Kekosongan : JABATAN PERHUTANAN SABAH
Jadual Gaji : GRED JA5: RM1,650.00 – RM6,620.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

DISKRIPSI TUGAS

1. Bertanggungjawab melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi, menyemak lukisan perunding, merekod dan menyelenggara lukisan, menyediakan lukisan kerja, lukisan perunding dan menyediakan laporan serta tugas-tugas lain berkaitan.
2. Menyediakan lukisan pelbagai pelan berkaitan lukisan arkitek, rangka bina, perspektif, rajah pembentukan besi, keratan rentas, konttur dan lain-lain berkaitan.
3. Membuat pendaftaran pelan, maklumat pembangunan infrastruktur dan menyediakan salinan-salinan pelan untuk dokumen sebutharga/tender serta tender table document.
4. Mengendali dan meningkatkan khidmat nasihat kaunter (tender table document).
5. Mendapatkan pelan asal/asas yang diperlukan bagi kerja-kerja ubah suai.
6. Menyediakan pelan persiapan untuk acara rasmi jabatan dan pameran.
7. Membantu melaksanakan tugas penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi semua aspek kejuruteraan.
8. Membantu menganalisa dan mereka bentuk projek kerja awam/pembaikan struktur dilakukan selaras dengan piawaian dan garis panduan yang sedang berkuatkuasa.
9. Merancang, menyelaras dan mengawal selia aktiviti Pembangunan infrastruktur seluruh jabatan.
10. Memastikan rekod-rekod penyelenggaraan sentiasa dikemaskini dan menyediakan laporan dan maklumat teknikal.
11. Membantu melatih kakitangan berkeupayaan mahir dalam tugas serta memastikan keselamatan semasa pelaksanaan projek diutamakan.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

SYARAT LANTIKAN

(a) Memiliki kelayakan berikut:
(i) Sijil Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau

(ii) Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00).

(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat
https://espans.sabah.gov.my/

2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

i. TARIKH PERMOHONAN BERMULA 23 JANUARI 2025 SEHINGGA 6 FEBRUARI 2025, JAM 11.59 MALAM

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.