Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 (PEMBANTU OPERASI)

Oleh JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH |15/01/2026

Klasifikasi Perkhidmatan : KEMAHIRAN
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA



Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : EMPAT (4) JAWATAN
Tempat Kekosongan : RUMAH ANAK YATIM, TAMBUNAN
Jadual Gaji : GRED H1: RM1,500.00 – RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

DISKRIPSI TUGAS

Tugas utama melibatkan penyediaan penjagaan kanak-kanak, memastikan keselamatan dan kebersihan, serta membantu dalam aktiviti harian kanak-kanak seperti berikut:

1. Penjagaan – Membantu kanak-kanak dalam aktiviti seperti mandi dan berpakaian.

2. Keselamatan – Memastikan persekitaran selamat untuk kanak-kanak, memantau mereka semasa bermain dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kemalangan.

3. Kebersihan – Menjaga kebersihan diri kanak-kanak dan persekitaran mereka termasuk membersihkan kawasan permainan dan peralatan.

4. Aktiviti Pembelajaran – Membantu dalam aktiviti pembelajaran awal kanak-kanak seperti membaca, menyanyi dan bermain.

5. Kerjasama – Berkomunikasi dengan penjaga mengenai perkembangan anak-anak, melaporkan sebarang isu atau kebimbingan dan bekerjasama dalam memastikan kesejahteraan kanak-kanak.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau

(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau


(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00); dan

(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/

2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

TARIKH PERMOHONAN BERMULA 1 JANUARI 2026 SEHINGGA 14 JANUARI 2026, JAM 11.59 MALAM

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.