PEMBANTU VETERINAR GRED G1
Oleh JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR SABAH |08/06/2026
Klasifikasi Perkhidmatan : PERTANIAN
Kumpulan Perkhidmatan : PELAKSANA
Taraf Jawatan : TETAP
Bilangan Kekosongan : 18 JAWATAN
Tempat Kekosongan : SELURUH SABAH
Jadual Gaji : GRED G1: RM1,500.00 – RM4,680.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
DISKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan haiwan, kesihatan haiwan, kesuburan haiwan dan penguat kuasaan Undang-undang veterinar di peringkat kumpulan sokongan, melaksanakan kerja-kerja di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu, (PPIT), pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan, Ante-mortem dan post-mortem di abbatoir dan loji pemprosesan, memberi khidmat nasihat ternakan, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan dari semasa ke semasa.
SYARAT LANTIKAN
(a) Memiliki kelayakan berikut:
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,500.00); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,561.00); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,622.00).
(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON
1. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/
2. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
3. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
5. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
6. Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.
TARIKH PERMOHONAN BERMULA 8 JUN 2026 SEHINGGA 22 JUN 2026, JAM 11.59 MALAM
Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.