Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEMBANTU LAUT GRED A19 (KEJURUTERAAN)

Oleh JABATAN PELABUHAN DAN DERMAGA SABAH |26/03/2021

Nama Jawatan : Pembantu Laut Gred A19 (Kejuruteraan)

Klasifikasi Perkhidmatan: Pengangkutan

Kumpulan
Perkhidmatan : Pelaksana



Bilangan Kekosongan : Dua puluh dua (22) Jawatan

Tempat Kekosongan : Labuan (3)
Sandakan (4)
Tawau (4)
Kudat (2)
Lahad Datu (3)
Semporna (2)
Menumbok (1)
Sipitang (1)
Kota Kinabalu (2)

Taraf Jawatan : Tetap

Jaduan Gaji : Gred A19 : RM1,362.00 – RM4,034.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

a)(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,362.00); atau

(ii)Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,362.00); atau

(iii)Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,420.12); atau

(iv)Engineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,420.12); atau

(v)Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,478.24); atau

(vi)Officer In Charge Of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,536.36).

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

a) Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

b) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap.
Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklan di dashboard
calon.

c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

d) Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat(4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

e) Salinan Sijil-Sijil Asal [Sijil Lahir / Kad Pengenalan Pemohon / Kad Pengenalan Ibu Bapa (Sijil Mati jika berkaitan) / Sijil-
Sijil Akademik dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan] dalam iklan ini HANYA perlu diabawa apabila
anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

f) TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 24 APRIL 2021, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.