Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

Oleh JABATAN PELABUHAN DAN DERMAGA SABAH |26/03/2021

Nama Jawatan : Pengawal Keselamatan Gred KP11

Klasifikasi Perkhidmatan : Keselamatan dan Pertahanan Awam

Kumpulan
Perkhidmatan : Pelaksana



Bilangan Kekosongan : Satu (01) Jawatan

Tempat Kekosongan : Tawau (1)

Taraf Jawatan : Tetap

Jadual Gaji : Gred KP11: RM1,205.00 – RM2,939.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

a)(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau

(ii)bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00).
dan
b)Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i)tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii)berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii)mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iv)mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(v)lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi)pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii)diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

c)Calon bagi lantikan dengan kelayakan di (a) (i) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

a) Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

b) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap.
Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklan di dashboard
calon.

c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

d) Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat(4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

e) Salinan Sijil-Sijil Asal [Sijil Lahir / Kad Pengenalan Pemohon / Kad Pengenalan Ibu Bapa (Sijil Mati jika berkaitan) / Sijil-
Sijil Akademik dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan] dalam iklan ini HANYA perlu diabawa apabila
anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

f) TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 24 APRIL 2021, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.