Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41

Oleh JABATAN PERTANIAN SABAH |27/08/2020

Nama Jawatan : Pegawai Penyelidik Gred Q41

Klasifikasi Perkhidmatan : Pertanian

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional



Bilangan Kekosongan : 3

Tempat Kekosongan : Di mana-mana lokasi pejabat/stesen Jabatan Pertanian
Sabah
Taraf Jawatan : Tetap

Jadual Gaji : Gred Q41 : RM2,315.00 - RM9,618.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

➯ 
➯ 
➯ 
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

a) (i) Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,315.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Q41: RM2,418.66)

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

a) Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

b) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklan di dashboard calon.

c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

d) Salinan Sijil-Sijil Asal [Sijil Lahir / Kad Pengenalan Pemohon / Kad Pengenalan Ibu Bapa (Sijil Mati jika berkaitan) / Sijil-Sijil Akademik dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan] dalam iklan ini HANYA perlu diabawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.