JURUTERA (MEKANIKAL) GRED J41
Oleh JABATAN KERJA RAYA SABAH |26/03/2021
Nama Jawatan : Jurutera (Mekanikal) Gred J41
Klasifikasi Perkhidmatan: Kejuruteraan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
Bilangan Kekosongan : Lapan (8) Jawatan
Tempat Kekosongan : Di mana-mana lokasi cawangan/daerah JKR
Taraf Jawatan : Kontrak
Jadual Gaji : Gred J41 : RM2,529.00 - RM9,643.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
a) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM2,529.00)
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
a) Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php
b) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap.
Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklan di dashboard
calon.
c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
d) Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat(4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
e) Salinan Sijil-Sijil Asal [Sijil Lahir / Kad Pengenalan Pemohon / Kad Pengenalan Ibu Bapa (Sijil Mati jika berkaitan) / Sijil-
Sijil Akademik dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan] dalam iklan ini HANYA perlu diabawa apabila
anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
f) TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 24 APRIL 2021, JAM 11.59 MALAM.
Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.