Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29

Oleh JABATAN PERTANIAN SABAH |05/09/2020

Nama Jawatan : Penolong Pegawai Pertanian Gred G29/32

Klasifikasi Perkhidmatan : Pertanian

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana



Bilangan Kekosongan : 30

Tempat Kekosongan : Di mana-mana lokasi pejabat/stesen Jabatan Pertanian Sabah

Taraf Jawatan : Tetap

Jadual Gaji : Gred G29/32 :RM1,494.00 - RM5,674.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

➯ 
➯ 
➯ 
➯ 
➯ 
➯ 
➯ 
➯ 
➯ 
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

a) (i) Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86)

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

a) Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

b) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklan di dashboard calon.

c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

d) Salinan Sijil-Sijil Asal [Sijil Lahir / Kad Pengenalan Pemohon / Kad Pengenalan Ibu Bapa (Sijil Mati jika berkaitan) / Sijil-Sijil Akademik dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan] dalam iklan ini HANYA perlu diabawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.