Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

ARKITEK GRED J41

Oleh JABATAN KERJA RAYA SABAH |05/04/2021

Nama Jawatan : Arkitek Gred J41

Klasifikasi Perkhidmatan: Kejuruteraan

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana



Bilangan Kekosongan : Tujuh (7) Jawatan

Tempat Kekosongan : Di mana-mana lokasi cawangan/daerah JKR

Taraf Jawatan : Kontrak

Jadual Gaji : Gred JA29 : RM 1,549.00 - RM 5,701.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM145

➯ 
➯ 
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

a) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM2,736.28)

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.

a) Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

b) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap.
Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklan di dashboard
calon.

c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

d) Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat(4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

e) Salinan Sijil-Sijil Asal [Sijil Lahir / Kad Pengenalan Pemohon / Kad Pengenalan Ibu Bapa (Sijil Mati jika berkaitan) / Sijil-
Sijil Akademik dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan] dalam iklan ini HANYA perlu diabawa apabila
anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

f) TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 24 APRIL 2021, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.