Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEGAWAI TADBIR GRED N41

Oleh JABATAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI |09/01/2022

Nama Jawatan : Pegawai Tadbir N41

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan



Bilangan Kekosongan : 25

Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu

Taraf Jawatan : Sementara

Jadual Gaji : Gred N41: RM2,080.00 – RM9,546.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Tempat Kekosongan : Pelbagai Jabatan

DISKRIPSI TUGAS:

i. Bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran dan pembangunan sumber manusia dan pembangunan dalam sesebuah jabatan dan lain-lain perihal tadbir urus sesebuah jabatan;

ii. Merancang, menggubal, mengurus, menyelaras, melaksana dan menilai dasar dan peraturan dalam bidang pentadbiran am pejabat, protokol dan istiadat, keselamatan, pengurusan harta dan bangunan, keurusetiaan dan hubungan seranta serta perhubungan awam; dan

iii. Bertanggungjawab menguruskan perolehan pejabat,memberi khidmat pakar runding terhadap sistem kerja serta pengurusan kakitangan.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:
(i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).


(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.

a) Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

b) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap.
Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

c) Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

d) Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

e) Pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

f) TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 10 JANUARI 2022, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.