Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

Oleh JABATAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI |05/07/2022

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan

KumpulanPerkhidmatan : Pelaksana



Tempat Kekosongan :

Pejabat Kebajikan Bahagian Tawau (1)
Pejabat Kebajikan Daerah Beluran (1)
Pejabat Kebajikan Daerah Kinabatangan (1)
Pejabat Kebajikan Daerah Kunak (1)
Pejabat Kebajikan Daerah Kecil Kemabong (1)
Pejabat Kebajikan Daerah Kecil Banggi (1)
Pejabat Kebajikan Daerah Kecil Tungku (1)
Rumah Sinar Pelangi Lahad Datu (1)
Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya Sri Stella, Tawau (1)
Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (1)

Taraf Jawatan : Tetap

Jadual Gaji : Gred N19: RM1,352.00 - RM4,003.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

DISKRIPSI TUGAS:

i. Melaksanakan tugas pentadbiran, aset-aset dan akaun di Institusi agar berjalan dengan lancar dan baik.

ii. Membantu dalam pengurusan bantuan di bawah seliaan dan penyediaan pelaporan SMP1 berdasarkan peraturan yang
sedang berkuat kuasa agar ianya teratur dan memenuhi keperluan jabatan.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80);

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

a) Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

b) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap.
Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di
dashboard calon.

c) Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

d) Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah
menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

e) Pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang
berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

f) TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 10 JANUARI 2022, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.