Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEMBANTU ARKIB GRED S19

Oleh ARKIB NEGERI SABAH |09/01/2022

Klasifikasi Perkhidmatan : SOSIAL
KumpulanPerkhidmatan : PELAKSANA



Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU (3)
SANDAKAN (1)
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji : Gred S19: RM1,352.00 - RM4,003.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


DISKRIPSI TUGAS:

Bertanggungjawab dalam :
i. Menerima dan mendaftar bahan-bahan arkib yang diterima;

ii. Mendaftar bahan-bahan arkib yang diminta bagi tujuan penyelidikan dan rujukan, bahan-bahan arkib yang dikembalikan; dan

iii. Memastikan susunan dan pemeliharaan bahan-bahan arkib di bawah pengawasannya.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80);

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Nota:

Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kriteria berikut:

i. Memiliki kepujian dalam subjek Sejarah;

ii. Sijil Kemahiran ICT, mempunyai asas komputer, mereka bentuk grafik/ multimedia/ Adobe Photoshop/ Corel draw/ Video Editing;

iii. Bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Bahasa Mandarin/ Bahasa Etnik Sabah

a) Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

b) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap.
Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

c) Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

d) Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

e) Pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

f) TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 10 JANUARI 2021, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.