PEMBANTU AWAM GRED H11
Oleh ARKIB NEGERI SABAH |11/01/2022
Nama Jawatan : PEMBANTU AWAM GRED H11
Klasifikasi Perkhidmatan : KEMAHIRAN
KumpulanPerkhidmatan : PELAKSANA
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji : Gred H11 : RM1,218.00 – RM2,939.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00
DISKRIPSI TUGAS
i. Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja; dan
ii. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.
(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,218.00)
(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
a) Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php
b) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap.
Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
c) Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
d) Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
e) Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 10 JANUARI 2022, JAM 11.59 MALAM.
Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.