Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEMBANTU HIDUPAN LIAR GRED G11

Oleh JABATAN HIDUPAN LIAR |11/01/2022

Nama Jawatan : PEMBANTU HIDUPAN LIAR GRED G11

Klasifikasi Perkhidmatan : PERTANIAN

KumpulanPerkhidmatan : PELAKSANA



Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU (3)
SANDAKAN (1)

Taraf Jawatan : Tetap

Jadual Gaji : Gred G11: RM1,352.00 - RM4,003.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

DISKRIPSI TUGAS

i. Membantu dalam pelaksanaan urusan penguatkuasaan Enakmen Hidupan Liar seperti menjalankan sekatan jalanraya untuk memastikan tidak pemburuan haram berlaku di Sabah.

ii. Membantu menyedia urusan permit dan lesen untuk memelihara haiwan hidupan liar mengikut enakmen hidupan liar.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G11: RM1,200.00).

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

a) Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

b) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap.
Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

c) Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

d) Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

e) Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 10 JANUARI 2022, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.