Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

RENJER HUTAN GRED G19

Oleh JABATAN PERHUTANAN SABAH |11/05/2022

Nama Jawatan : RENJER HUTAN GRED G19
Klasifikasi Perkhidmatan : PERTANIAN
KumpulanPerkhidmatan : PELAKSANA



Taraf Jawatan : TETAP
Jadual Gaji : Gred G19: RM1,357.00 - RM4,008.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Bilangan Kekosongan : 30
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU (2)
KUDAT (5)
BEAUFORT (2)
SIPITANG (2)
RANAU (5)
SANDAKAN (3)
TAWAU (4)
LAHAD DATU (6)
SEMPORNA (1)

DISKRIPSI TUGAS:

Bertanggungjawab membantu Pegawai Hutan Daerah/Negeri dalam melaksanakan tugasan berkaitan aktiviti-aktiviti perhutanan berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan hutan secara sistematik sejajar dengan peraturan dan dasar kerajaan.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perhutanan Renjer Hutan daripada institut latihan perhutanan Sabah atau sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40).

DAN

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

v. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.


vi. TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 11 MEI 2022, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.