Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

PEMANDU KENDERAAN GRED H11

Oleh JABATAN PERHUTANAN SABAH |11/05/2022

Nama Jawatan : PEMANDU KENDERAAN GRED H11
Klasifikasi Perkhidmatan : KEMAHIRAN
KumpulanPerkhidmatan : PELAKSANA



Taraf Jawatan : TETAP
Jadual Gaji : Gred H11: RM1,218.00 – RM2,939.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00
Tempat Kekosongan : SANDAKAN (4)
TELUPID (1)
TONGOD (3)


DISKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan dan penjagaan kenderaan di bawah kelolaan.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan;

(ii) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan
ini.

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

 Lesen D : RM1,264.15
 Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
 Lesen F/H : RM1,356.45
 Lesen G/I : RM1,402.60

DAN

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuktemuduga.

iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan daritarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

v. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

vi. TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 11 MEI 2022, JAM 11.59 MALAM

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.