Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

JURUTERA (AWAM) GRED J41

Oleh JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN SABAH |11/05/2022

NAMA JAWATAN : JURUTERA (AWAM) GRED J41
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEJURUTERAAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL



Bilangan Kekosongan : 3
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU
Taraf Jawatan : SEMENTARA
Jadual Gaji : GRED J41 : RM2,529.00 – RM9,643.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU


DISKRIPSI TUGAS:

i. Membantu dalam melaksanakan pengurusan asset pembetungan termasuklah pendaftaran asset, penerimaan aset, pergerakan aset, penyimpanan aset, pemeriksaan aset, pelupusan aset, kehilangan aset dan penyelanggaraan aset.

ii. Membantu melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang perkhidmatan pembetungan dan menimbangkan dan mengesyorkan pembaharuan kepada undang-undang perkhidmatan pembetungan dalam pengurusan aset.

iii. Membantu melaksana dan menganalisa program penyhelidikan dan pembangunan, Operasi dan Pengurusan Makmal Pengujian Air Sisa, Pengurusan Latihan dan Program Kesedaran Awam.

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

i. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

ii. berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada cred J4l : RM2,529.00)

DAN

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(c) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman berkerja dalam industri pembetungan, air, minyak dan gas.

i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuktemuduga.

iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan daritarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

v. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

vi. TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 11 MEI 2022, JAM 11.59 MALAM

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.