JURUGEOSPATIAL GRED J41
Oleh JABATAN PERHUTANAN SABAH |07/09/2020
Nama Jawatan : Jurugeospatial Gred J41
Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
Bilangan Kekosongan : 1
Tempat Kekosongan : Ibu Pejabat Perhutanan, Sandakan
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji : Gred J41 : RM2,529.00 - RM9,643.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
➯
➯
➯
a) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang remote sensing, geoinformatik, ukur tanah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf sertaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM2,529.00)
(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
a) Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php
b) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklan di dashboard calon.
c) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
d) Salinan Sijil-Sijil Asal [Sijil Lahir / Kad Pengenalan Pemohon / Kad Pengenalan Ibu Bapa (Sijil Mati jika berkaitan) / Sijil-Sijil Akademik dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan] dalam iklan ini HANYA perlu diabawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.