Mengenai jawatan kosong

Selamat datang ke ruangan jawatan kosong SPANS

JURUPULIH PERUBATAN GRED U29

Oleh JABATAN PERKHIDMATAN KEBAJIKAN AM |09/08/2022

Nama Jawatan : JURUPULIH PERUBATAN GRED U29
Klasifikasi Perkhidmatan : PERUBATAN DAN KESIHATAN
KumpulanPerkhidmatan : PELAKSANA



Taraf Jawatan : SEMENTARA
Bilangan Kekosongan : DUA (2) JAWATAN
Tempat Kekosongan :

(1) LAHAD DATU
(1) PAPAR

Jadual Gaji : GRED U29 : RM1797.00 – RM5,753.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

DISKRIPSI TUGAS

i. Membantu menjalankan pemeriksaan dan penilaian fisioterapi dan merangka rawatan yang sesuai untuk kanak-kanak/warga emas.
ii. Membantu menyediakan rekod rawatan penghuni yang menjalankan latihan pemulihan.
iii. Membantu menjaga peralatan fisioterapi
iv. Membantu menjalankan tugas di bahagian pentadbiran di bawah tugas dan tanggungjawab

Tiada bidang yang diperlukan dalam jawatan ini.
Jawatan ini tidak memerlukan sijil professional.

(a) Memiliki kelayakan berikut:

Diploma dalam bidang fisioterapi, pemulihan cara kerja atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).

DAN

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

v. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

vi. TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 08 OGOS 2022, JAM 11.59 MALAM.

Berminat? Klik ini jika anda ingin memohon jawatan tersebut.